Dua pengunjung cedera tercampak dari ‘sotong ride’

Dari Penulis

DUA pengunjung cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ di pesta ria dekat Jalan Stadium Likas, Kota Kinabalu malam semalam.

Video penuh klik link di bawah

https://t.me/infoutusantv/4343

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.58 malam.

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Kota Kinabalu telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati seorang wanita cedera di kepala selepas tercampak keluar dari permainan itu.

“Mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Queen Elizabeth bagi tindakan lanjut,” katanya memetik laporan Sabah Media.

Jelasnya, seorang lagi mangsa lelaki telah dibawa ke hospital sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Maklumat awal mendapati mangsa lelaki juga mengalami kecederaan di kepala.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.40 malam,” ujarnya

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This