DALAM usaha membantu meringankan beban rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil pendekatan untuk memberi e-dompet sebanyak RM20 kepada pengunjung di Bazar Ramadan Rahmah.
Timbalan Menteri terbabit Fuziah Salleh berkata, terdapat 60 Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara dengan RM2,000 e-dompet disediakan pada setiap lokasi.
Selain itu, pihaknya menyasarkan 40 peratus peniaga di bazar berkenaan menawarkan Menu Rahmah bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.
“Di Bazar Ramadan Rahmah juga kita akan beri insentif kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah sebanyak RM50.
“Kita juga akan beri insentif kepada pengunjung e-wallet RM20 dan di setiap lokasi ada 2,000 e-wallet akan dikeluarkan untuk membantu pengunjung-pengunjung,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawapan Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: Dua pengunjung cedera tercampak dari ‘sotong ride’
Terdahulu, Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) bertanya, apakah tindakan daripada KPDN dalam memantau situasi di bazar Ramadan.
Dalam pada itu, Fuziah memberi amaran kepada peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh negara supaya tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Jelasnya, bermula 12 Mac ini iaitu hari pertama umat Islam berpuasa, pihaknya akan menjalankan Ops Pantau bagi memastikan perjalanan perniagaan di bazar Ramadan berjalan lancar.
“Berkenaan dengan bazar Ramadan kita akan laksanakan Ops Pantau di setiap bazar Ramadan supaya pastikan tiada peniaga ambil kesempatan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

