HANYA 16 atau 2.14 peratus daripada 746 projek di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) di seluruh negara dikenal pasti sebagai “projek sakit” berikutan kelewatan pembinaan oleh pihak kontraktor, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata faktor utama yang menyumbang kepada kelewatan itu adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapi pihak kontraktor selain Covid-19, kekurangan bahan dan masalah ketika melantik sub kontraktor.
“Projek sakit ini selalu diketengahkan walhal peratusannya hanya sedikit, 16 saja atau 2.14 peratus daripada keseluruhan 746 projek.
Berdasarkan laporan diterima pada bulan lepas peratusan (projek sakit) adalah 2.88 peratus tetapi bulan ini menurun kepada 2.14 peratus. Ini secara jelas menunjukkan JKR telah melaksanakan kerja dengan cemerlang bagi menyiapkan projek-projek tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf dan memulihara bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.
Baca artikel lain: Kilang GoodYear di Shah Alam ditutup 30 Jun depan
Kerja-kerja menaik taraf bangunan warisan dua tingkat berusia 119 tahun itu menelan kos RM17.9 juta, bermula 1 Dis 2021 dan dijangka siap pada 13 Julai depan.
Bangunan itu sebelum ini dilaporkan mengalami beberapa masalah teknikal termasuk kebocoran bumbung, kesan anai-anai, kelembapan dan tumbuhan kulat serta tompokan air di beberapa bahagian.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata berkata projek yang dikendalikan oleh JKR ini tidak hanya merangkumi pembinaan bangunan tetapi turut melibatkan pelbagai projek lain termasuk membina dan menaik taraf jambatan, lebuh raya, jalan dan cerun.
Menurut beliau, selain projek sedia ada JKR mempunyai 2,100 projek lagi yang dalam perancangan untuk dilaksanakan di seluruh negara, termasuk daripada kementerian lain.
“Selain projek JKR, kita juga laksanakan projek kementerian lain umpamanya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pertahan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

