SYARIKAT tayar ternama, GoodYear mengambil keputusan untuk menutup operasi kilangnya di Shah Alam, Selangor berkuat kuasa pada 30 Jun depan dan dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Presiden GoodYear Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, keputusan penutupan yang sukar itu bakal memberi kesan kepada 550 orang pekerjanya di Malaysia.
Namun, ujarnya, ia perlu diambil dan merupakan sebahagian daripada program transformasi GoodYear Forward yang mahu mengoptimakan operasi mereka.
Selain itu, katanya lagi, membantu dalam usaha untuk mencapai penurunan kos operasi tahunan GoodYear sebanyak AS$1 bilion (RM4.71 bilion).
Baca artikel lain: Penjual ketam hina Raja Perlis direman tiga hari
“Terima kasih atas fokus yang berterusan dalam menghasilkan keputusan dan kepada anda semua yang menjadikan GoodYear berjaya,” katanya dalam kenyataan.
Media melaporkan, GoodYear Malaysia akan kekal di dalam pasaran tempatan dengan tayar-tayar yang akan dibawa masuk dari kilang-kilang mereka yang lain di Thailand, Indonesia, China dan Taiwan.
Syarikat tersebut mula bertapak di Tanah Malaya seawal tahun 1929 dan menjadi pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga dalam tahun 1985.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

