Penyelia pengawal keselamatan cedera ditembak di badan

Dari Penulis

SEORANG penyelia pengawal keselamatan cedera selepas ditembak jarak dekat dalam satu kejadian di Jalan Mokhtar, Kapar, Klang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Kapar yang telah menerima seorang pesakit warga tempatan mengalami kecederaan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali pada pukul 4.54 petang.

Beliau berkata, mangsa berusia 46 tahun itu telah ditembak di tangan kanan, rusuk kanan dan bahu kanan.

“Mangsa kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

“Semakan kamera litar tertutup mendapati suspek telah menembak mangsa dari jarak dekat dengan menaiki sebuah kereta berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seramai lima lelaki tempatan berusia 40 hingga 45 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan M. Sathiyaseelan di talian 012-519 7913.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This