MENTERI berkaitan diminta memberi penjelasan sama ada benar atau tidak terdapat lampiran di dalam petisyen permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertukar lokasi tahanan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, ini kerana beliau difahamkan terdapat lampiran yang memohon ditukar lokasi tahanan Najib dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.
“Saya difahamkan perkara ini ada sebagai lampiran di dalam petisyen permohonan atau pun rayuan.
“Jadi soalan saya apakah ini benar atau tidak, dan kalau ianya benar, apakah ianya dibincangkan sewaktu pembentang rayuan pengampunan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Sebelum ini, kerajaan secara prinsip bersetuju memulakan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) menerusi tahanan di rumah kepada banduan yang menjalani hukuman empat tahun dan ke bawah.
Baca artikel lain: RM1,935 juta subsidi pengguna elektrik Semenanjung bagi Januari-Jun 2024
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang meneliti inisiatif itu dari sudut peruntukan berkaitan bagi memastikan sama ada akta serta peraturan sedia ada perlu digubal atau tidak.
Namun pada keesokan harinya, Saifuddin berkata, PBSL menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan Najib.
Katanya, cadangan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mengurangkan kesesakan di 43 penjara seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

