SERAMAI 160 Ahli Parlimen selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang bermula 27 Feb hingga semalam.
Pelbagai isu dibangkitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepanjang dua minggu sidang Dewan Rakyat berlangsung termasuk pendidikan, ekonomi, kos sara hidup, pelancongan serta pembangunan Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, menteri berkaitan akan menjawab segala isu yang dibangkitkan selama empat hari bermula Isnin (11 Mac).
Dalam pada itu, antara yang mencuri tumpuan pada minggu kedua persidangan adalah usul untuk menggantung Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
Baca artikel lain: Kemasukan pelancong, musim kemarau antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Hayati titah Agong sempena pembukaan Parlimen hari ini – Fahmi
Bagaimanapun, sebelum usul itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Wan Saiful memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri.
Susulan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menarik balik usul berkenaan.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 ini berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac depan.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

