“Kalau perlukan mama, baliklah” – Abby Abadi harap yang terbaik buat Marissa Dania Hakim

Dari Penulis

PELAKON Abby Abadi membuat pendedahan mengenai tindakan anak perempuannya iaitu Marissa Dania Hakim yang menghilangkan diri selepas bernikah dengan Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Kongsi Abby, dia hanya sempat bertemu dengan anak keduanya itu minggu lalu pada majlis previu bufet Ramaan di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor.

“Dia (Marissa) melarikan diri, menghilang diri. 

“Tapi saya tahu dia selamat dekat luar. Itu saya kata, dia rasa dia dah mampu berdiri atas kaki sendiri. Saya serah pada Allah SWT.

“Saya rasa saya tak mampu nak buat apa-apa untuk ubah apa yang dia buat sekarang. Cuma saya mengharapkan yang terbaik buat dia.

“Kalau rasa perlukan mama, baliklah,” katanya.

Abby berkongsi luahan tersebut menerusi sesi podcast GVV Studio kendalian Datin Rebecca Nur Al-Islam.

Semalam, isu Marissa yang memilih suami orang sebagai pasangan hidup kembali tular apabila video sesi fotografi raya untuk satu jenama pakaian tersebar dalam media sosial.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian itu.

Marissa didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand dan menjadi isteri kedua kepada Aslam.

Pasangan itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isteri pertama Aslam iaitu Umisya Mazlan berada di Makkah mengerjakan umrah.

Pada September tahun lalu, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka bercerai.

Ia kecoh di media sosial apabila Umisya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X.

Bagaimanapun, Umisya dan Aslam rujuk semula ketika dalam tempoh eddah. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This