PELAKON lelaki yang juga suami kepada selebriti wanita dicekup berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara, hari ini.
Memetik sumber Harian Metro, tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Menurutnya, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.
Sekadar info, selebriti lelaki itu juga pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.
Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.
Sementara itu, aktres tersebut yang juga adik kepada seorang selebriti wanita itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa orang artis lain.

