LKAN: PM arah LTAT, Felda kemukakan laporan penuh

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengemukakan laporan penuh berhubung prestasi mereka dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022.

Ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Amaniah, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata notis penjelasan telah diserahkan kepada kedua-dua lembaga itu untuk mengemukakan laporan penuh.

“Ya, memang (kita) dah ada bagi notis supaya (mereka) bagi penjelasan keterangan penuh LTAT (dan Felda) walaupun perkara ini daripada audit 2022.

Kita tentukan supaya ada laporan lengkap kelemahan diperbaiki, kalau ada apa terlibat kurang baik kita terpaksa ambil tindakan,” katanya ketika ditanya adakah Felda dan LTAT perlu memberi penjelasan prestasi mereka.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat pada Rabu lepas menunjukkan Felda mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.

LKAN turut mendedahkan rizab LTAT merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020 iaitu RM0.376 bilion, RM0.285 bilion (2021) dan RM0.338 bilion (2022).

Baca artikel lain: MCMC lancar Cashless@PEDi di Felda Chemplak Barat, Segamat

Ditanya adakah beliau ingin melihat sendiri laporan tersebut, Anwar berkata; ‘Ya , saya minta laporan itu, kami bagi masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk menghantar laporan penuh dan Kabinet akan menelitinya.

Mengenai sama ada wujud jawatankuasa mengenai laporan LKAN 2022, beliau berkata kementerian dan agensi berkaitan perlu memberi penjelasan lanjut mengenai prestasi mereka dalam laporan itu.

“Buat masa ini kami perlu mengkaji Laporan Ketua Audit Negara dan kemudian memberikan peluang kepada kementerian, agensi berkaitan untuk mengemukakan penjelasan mereka sendiri dan kami perlu menelitinya,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut makan tengah hari di surau itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This