Mawar Rashid pilih kunci mulut khabar angin sudah kembali bergelar isteri dengan lelaki Brunei

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON Mawar Rashid bertindak mengunci mulut dan enggan memberikan kenyataan berhubung dakwaan dia kini sudah menamatkan zaman jandanya, hari ini.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, memberitahu dia hanya akan berkongsi apabila tepat pada waktu dan dirinya sudah bersedia 

“Saya belum boleh beri sebarang komen tentang hal berkenaan kerana ia terlalu peribadi.

“InsyaAllah saya akan berkongsi apabila sudah bersedia dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Khabar angin mengenai pernikahan Mawar mula tersebar selepas dia berkongsi gambar tangan yang dihiasi inai berwarna putih di Instagram Story miliknya.

Malah, Mawar yang juga ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memuat naik foto borang pernikahan Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Negara Brunei Darussalam bertarikh 8 Mac.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah dipadamkan.

Sementara itu, Mawar turut memohon orang ramai mendoakan yang terbaik untuk diri dan keluarganya.

“Buat masa sekarang doakan yang baik-baik sahaja untuk saya. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. 

“Terima kasih atas doa dan ambil berat mengenai saya,” ujarnya. 

Untuk info, Mawar sebelum ini pernah berkahwin dengan Raf Yaakob pada 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Namun mereka  mengumumkan telah bercerai pada 23 November lalu menerusi perkongsian di laman Instagram.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This