SATU ruang dialog nasional bagi Malaysia meneroka wawasan baharu ke arah integrasi pendidikan negara dalam erti kata sebenar-benarnya perlu dihidupkan semula.
Perkara itu dicadangkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh dalam kenyataan hari ini.
Muhamad Akmal berkata, pihaknya khuatir dengan perkembangan polemik demi polemik yang telah menambah api perpecahan yang sedang marak.
Menurut beliau, ketegangan yang kian melarat itu berakar daripada sistem pemisahan dan pengasingan yang dilaksanakan bermula di peringkat paling asas kehidupan rakyat iaitu sejak dari bangku sekolah.
Beliau menegaskan, sudah tiba masa untuk Malaysia menoktahkan pemisahan dan pengasingan tersebut dengan mengadakan dialog nasional berkenaan.
“Sesungguhnya, segala apa yang terjadi ini adalah suatu cerminan betapa setelah hampir 70 tahun kemerdekaan dicapai, masih wujud suatu jurang nilai dan pemisahan persefahaman antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.
“Menginsafi kerumitan, sensitiviti dan polemik yang melingkari isu ini, kerajaan tidak mempunyai pilihan melainkan untuk menerajui usaha ini bagi memastikan ia diurus dalam kerangka yang penuh cermat, di luar pengaruh sentimen, syak wasangka dan hasutan,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Isu bak kut teh: Pemuda UMNO kekal pendirian mahu King Sing dipecat
Bagi mencapai hasrat tersebut, Muhamad Akmal mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan beberapa langkah bersifat interim terasmuk penilaian menyeluruh terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang kini merangkumi lebih 1,800 sekolah jenis kebangsaan.
Jelasnya, penilaian itu merangkumi aspek keselarasaan silibus, penerapan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Selain itu, katanya, kajian menyeluruh berhubung ruang dan peluang penambahbaikan ekosistem pendidikan kebangsaan perlu dilaksanakan bagi memberi insentif dan tarikan kepada penyertaan murid berbilang bangsa.
Beliau berkata, satu peta jalan jangka sederhana dan panjang ke arah model integrasi pendidikan di atas pasak kebersamaan nilai dan semangat kekitaan antara rakyat berbilang bangsa tanpa menyisihkan hak semua kaum memelihara warisan bahasa ibundang masing-masing juga perlu dilakukan.
“Sesungguhnya tidak ada jalan pintas ke arah mencapai perpaduan, ia adalah suatu jalan yang panjang, berliku-liku dan mencabar tetapi mesti dimulakan dengan langkah pertama.
“Warisan teragung negara ini adalah keharmonian dalam kepelbagaian, bukan perpecahan dan pemisahan.
“Perpaduan rakyat Malaysia harus bermula daripada pendidikan. Ini masanya untuk menyatukan, bukan memisahkan,” tegasnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

