Sindiket seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas, lebih 24,000 liter disita

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di Sungai Besar, Selangor berjaya ditumpaskan dalam satu serbuan pada 5 Mac lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, serbuan itu dilakukan hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut Armizan, sebuah premis yang disyaki menjadi stor haram tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi nelayan telah diserbu.

Armizan memberitahu, hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut telah menyaksikan sebanyak 24,875 liter minyak diesel dan peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan telah disita.

Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM187,350.

“Seramai tiga lelaki rakyat tempatan berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun telah ditahan yang disyaki menjadi wakil pemilik premis, pemandu kenderaan dan penjaga premis.

“Serbuan ini dibuat hasil risikan dan disyaki sindiket ini telah beroperasi dalam tempoh lama serta melibatkan penyelewengan subsidi diesel nelayan pada skala besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Armizan memberi amaran keras ke atas mana-mana individu atau syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan.

Baca artikel lain: Kerajaan sedia kaji tak kenakan SST pada perkhidmatan air, elektrik – Armizan

Katanya, mana-mana orang yang melakukan kesalahan melibatkan penyelewengan diesel boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Selain itu, individu atau syarikat yang terlibat akan disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Ia melibatkan kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku, menyita serta sehingga ke peringkat perlucutan hak ke atas apa-apa hasil pendapatan atau harta yang dijana daripada aktiviti haram penyelewengan berkaitan minyak diesel,” katanya.

Mengenai Op Tiris, beliau berkata KPDN akan mengemukakan laporan dan syor hasil dapatan yang diperoleh sepanjang pelaksanaan operasi kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebagai pengukuhan mekanisme kawalan pelaksanaan Skim Subsidi Diesel dan Petrol Nelayan.

“Laporan dan syor ini merupakan penemuan penting yang diperoleh sepanjang pelaksanaan Op Tiris 1.0 dan Op Tiris 2.0 yang bermula pada 1 Mac 2023 dan diteruskan pelaksanaannya sehingga kini melalui Op Tiris 3.0,” katanya.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan di bawah Op Tiris 3.0 bermula 1 Jan 2024 hingga 6 Mac lepas, Armizan berkata sejumlah 9,093 premis telah diperiksa di seluruh negara dengan 245 kertas siasatan dibuka.

Hasil tindakan berjaya menyita 2.264 juta liter subsidi diesel bernilai RM5.39 juta dan dalam tempoh sama, nilai rampasan yang melibatkan lain-lain peralatan, kenderaan dan sebagainya adalah lebih RM12 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sitaan di bawah Op Tiris 3.0 bagi kes melibatkan diesel lebih RM17 juta.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This