SERAMAI empat orang imam dari Al-Azhar Al-Sharif, Mesir dijadualkan berada di masjid-masjid terpilih di seluruh negara sepanjang Ramadan ini.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kehadiran mereka bagi memperdengarkan bacaan al-Quran dan memimpin solat tarawih.
Jelasnya, mereka adalah anggota Pusat Fatwa Elektronik Global Al-Azhar, Syeikh Saber Hosny dan Syeikh Ahmed Ibrahim Elmashad; Pensyarah Hadis Universiti Al-Azhar, Syeikh Dr Ahmed Mohammed Shebl serta pemenang pertandingan hafazan al-Quran Universiti Al-Azhar, Muhammad Musa Kasozi.
“Selaku anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimin yang diberi tanggungjawab oleh Syeikh Azhar bagi menguruskan program-program para imam ini di Malaysia, saya akan memaklumkan jadual mereka dalam masa terdekat.
Baca artikel lain: AS hantar kapal bantuan ke Gaza
“Segala perbelanjaan melibatkan pengangkutan, penginapan dan sebagainya adalah di bawah tajaan institusi ini yang berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Zulkifli berkata, program tersebut merupakan penzahiran hubungan erat sejak sekian lama antara Al-Azhar Al-Sharif, Majlis Hukama’ Al-Muslimin dan kerajaan Malaysia.
“Saya juga mendoakan agar hubungan Al-Azhar Al-Sharif dan Malaysia terus utuh bagi manfaat para pelajar dan umat Islam di seluruh negara,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

