SEORANG pembonceng motosikal cedera dalam satu kejadian ragut di Kepong dekat Sentul, Khamis pagi lalu.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/4468
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalam kejadian pukul 8 pagi itu, mangsa yang merupakan seorang perempuan tempatan sedang membonceng sebuah motosikal bersama rakan.
Beliau berkata, mangsa telah diekori dari arah belakang oleh dua lelaki bermotosikal.
“Suspek kemudian meragut rantai emas milik mangsa sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dari motosikal,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan di leher, tapak tangan, kaki dan telah menerima rawatan di klinik.
Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

