Kes khalwat rosakkan reputasi diri & keluarga, Aliff Aziz tak jangka situasi selepas masuk rumah Ruhainies

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

INSIDEN ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies pada Sabtu lalu turut mencalarkan  nama baik keluarga aktor Aliff Aziz.

Aliff,34, menegaskan ketika kejadian diserbu pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kondominium mewah di ibu negara, tiada apa-apa yang berlaku antara dirinya dan Ruhainies.

“Kenyataan ini adalah saya tulis untuk sesiapa yang ingin mendengar. Bagaimanapun, salah tetap salah. 

“Saya bukan nak menegakkan benang yang basah, tetapi saya ingin memohon maaf atas kekhilafan saya.

“Namun, ingin saya jelaskan bahawa tidak ada apa-apa benda yang berlaku antara kami.

“Saya anggap ini sebagai ujian yang akan saya jadikan pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. 

“Dan disebabkan kekhilafan saya, akibatnya bukan sahaja merosakkan reputasi saya, tetapi juga keluarga,” katanya menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi.

Tambah Aliff, dia sebelum ini bertindak mendiamkan diri kerana mahu mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana-mana pihak.

“Ketika isu itu masih hangat diperkatakan, saya seboleh-bolehnya mengelakkan untuk mengeluarkan kenyataan kerana tidak mahu terlalu mengikut emosi dan terburu-buru.

“Ruhainis ada maklumkan, malam itu adik-beradiknya ada merancang untuk makan-makan di rumah.

“Jadi, memandangkan ada adik-beradiknya yang lain, saya rasa, tak ada masalah kalau saya turut serta.

“Saya juga memang kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena dan sudah lama tidak berjumpa,” jelasnya.

Kongsi Aliff lagi, dia membantu untuk membawa barang penggambaran ke rumah Ruhainies sementara menunggu Risteena yang masih dalam perjalanan ketika sampai di kondominium.

“Cara yang betul adalah kami sepatutnya tunggu di lobi. Tapi, sebab tak terfikir ia akan bawa ke situasi tidak dijangka, saya naik ke rumahnya,” ujarnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This