TINDAKAN pantas tiga anggota polis memecah pintu sebuah unit kondominium yang terbakar di Wangsa Maju, Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seorang lelaki bersama anak perempuannya yang terperangkap di dalam rumah.
Polis Diraja Malaysia dalam kenyataan berkata, anggotanya Lans Koperal Mohamad Khairul Annuar Borhan, Lans Koperal Mohamad Hazieril Hanif Ahmad dan Lans Koperal Muhammad Shahrul Afiq Ahmad Dugel dari Balai Polis Wangsa Maju telah bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan yang dibuat oleh isteri mangsa pada pukul 4.30 petang semalam.
“Ketiga-tiga anggota polis berkenaan berjaya memadamkan api dan membawa keluar kedua-kedua mangsa dalam keadaan selamat,” kata kenyataan itu hari ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

