Jamal Yunos gagal batal saman Khairy Jamaluddin

Dari Penulis

KETUA UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini gagal dalam permohonannya untuk membatalkan saman difailkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung sidang media yang didakwa berunsur fitnah semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU).

Peguam Shakeel Saifuzzaman mewakili Khairy berkata Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said menolak permohonan Jamal atas alasan terdapat isu-isu yang boleh dibicarakan dalam kes saman berkenaan.

“Permohonan defendan (Jamal) untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif (Khairy) ditolak oleh mahkamah.

“Mahkamah turut menetapkan 27 Mei ini untuk pengurusan kes,” kata peguam itu ketika dihubungi selepas prosiding secara dalam talian hari ini.

Pada 19 Sept 2023, Jamal memfailkan permohonan untuk membatalkan saman berkenaan antaranya atas alasan tuntutan terhadapnya tidak jelas, mengaibkan selain satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Baca artikel lain: Remaja warga Indonesia mengaku salah rompak telefon pintar bernilai RM800

Khairy yang memfailkan saman itu pada 24 Mei 2023 berkata pada PAU 2022 yang diadakan 14 Jan tahun lalu, Jamal mengadakan sidang media di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur dihadiri pengamal media, perwakilan UMNO dan beberapa ahli serta pemimpin parti itu.

Plaintif mendakwa pada hari sama, Jamal memuat naik rakaman video bertajuk “Saya harap Khairy Jamaluddin dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO selepas mengeluarkan kenyataan yang semberono dan memalukan UMNO #UmnoDuluKiniDanSelamanya” di laman Facebook di bawah nama DS Jamal Yunos (DS Jamal Yunos Official).

Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO itu, defendan turut memuat naik rakaman sama di akaun TikTok di bawah nama ‘jamal_yunos.’

Khairy mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antaranya membawa maksud beliau adalah pemimpin yang tiada integriti, tidak layak menjadi seorang pemimpin selain tidak setia kepada UMNO dan pemimpin parti.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This