Wanita maut Bezza terbalik di bahu jalan

Dari Penulis

SEORANG wanita maut selepas Perodua Bezza yang dipandu terlibat dalam kemalangan di Jalan Bukit Bertam, Selama, petang semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/4635

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 6.05 petang.

Sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selama serta jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Komander Operasi Hafidz Md Rahim melaporkan Bezza yang dipandu mangsa telah terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Mangsa telah didapati terperangkap di dalam kenderaan,” kata kenyataan itu.

Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat bagi mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 7.05 petang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This