Isu sarung kaki bukan soal perkauman tapi kesucian agama Islam – Akmal

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO menegaskan isu sarung kaki dengan kalimah Allah bukan masalah perkauman tetapi soal menjaga kesucian agama Islam.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sekiranya orang Islam yang melakukan perbuatan tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan lebih keras selain memboikot.

“Jika kedai orang Islam jual benda yang sama menghina agama Islam bukan sahaja boikot, malah lebih teruk kita akan boikot dan kenakan padanya.

“Jika ada mana-mana pihak yang mencemarkan agama Islam, tidak kira bangsa mahupun fahaman politik kita akan tetap lawan habis-habisan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel lain: Poster bantuan khas kewangan RM700 palsu – JPA

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tidak bersetuju dengan gesaan Muhamad Akmal untuk memboikot KK Mart yang terpalit isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah baru-baru ini.

Loke berkata, pendirian itu telah disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Saya nak tanya Dr Akmal, kalau perkara ini berlaku kepada kedai ataupun satu rangkaian kedai runcit yang dimiliki oleh orang Islam apa reaksi dia?

“Pendirian kita memang tidak bersetuju dengan pendekatan dan cara dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO. Saya rasa pandangan-pandangan telah pun dikemukakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This