Pemandu Wira maut dalam kemalangan dua buah kereta dekat Slim River

Dari Penulis

SEORANG disahkan maut selepas terlibat dalam kemalangan dua kereta di hadapan Masjid Klan Halt, Slim River, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 5.51 pagi.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi Muhammad Fadil Muhamad Roslan melaporkan kemalangan melibatkan sebuah Proton Wira dengan Honda City.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua pemandu telah tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pemandu Wira berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

“Sementara pemandu City berusia 38 tahun mengalami kecederaan,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital sementara mangsa maut diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Wanita antara dua ditahan samun guna pisau, cederakan pemandu e-hailing

SEORANG wanita merupakan dua suspek yang ditahan bersabit kejadian samun bersenjatakan pisau hingga mencederakan seorang pemandu e-hailing di Terminal...

More Articles Like This