Cemburu hingga bunuh kekasih curang, model sambilan didakwa

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG model sambilan wanita yang sebelum ini disyaki membunuh kekasihnya selepas hilang pertimbangan apabila teman lelakinya itu dipercayai curang, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datuk, hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, A. Tamilselvi, 26, memandangkan kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Wanita berkenaan kelihatan sekadar mengangguk faham sejurus pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Maslinda Selamat.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh mangsa, V. Gawsigan, 26, di sebuah unit kediaman Rimbayu Perennia Jalan Flora 3D/6, di Telok Panglima Garang, Kuala Langat sekitar jam 5.30 pagi.

Justeru, bekas pelajar perubatan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendawa Raya, Khadijah Amir Hamzah tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes itu tidak boleh dijamin.

Sementara itu, Peguam Ethan Tan yang mewakili tertuduh, memohon agar anak guamnya itu dirujuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan mental.

“Saya difahamkan anak guam saya ada ‘bipolar disorder’ (BPD). Malah, dia juga seperti tidak dapat memahami apabila saya menjelaskan kepadanya berhubung hari kejadian.

“Tertuduh juga mempunyai masalah penyakit jantung. Dia memerlukan bantuan bateri untuk denyutan jantungnya.

“Mohon mahkamah menggunapakai Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah bagi menghantar tertuduh ke hospital bahagia untuk pemeriksaan mental,” hujahnya.

Bagaimanapun, Khadijah memaklumkan mahkamah bahawa tiada sebarang dokumen dikemukakan oleh pihak pembelaan bagi mengesahkan penyakit BPD dan penyakit jantung yang dialami oleh tertuduh.

Baca: Angkara curang, model sambilan tikam teman lelaki sampai mati

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Maslinda memutuskan untuk menolak permohonan pihak pembelaan ekoran dokumen bagi mengesahkan penyakit mental dan jantung tertuduh tidak tersedia.

“Peguam perlu kemukakan dokumen-dokumen berkaitan kesihatan mental dan fizikal tertuduh pada tarikh sebutan akan datang,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan toksikologi, bedah siasat, kimia dan perubatan.

Sebelum ini pada 12 Mac lalu, media melaporkan wanita berkenaan ditahan selepas disyaki menikam teman lelakinya sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang doktor berusia 32 tahun yang bekerja di Hospital Cyberjaya.

Katanya, pengadu telah memberikan bantuan kecemasan pernafasan selama 30 minit namun tiada tindak balas dan denyutan nadi dari mangsa yang juga merupakan seorang jurugambar sambilan.

“Pengadu mengesahkan mangsa telah meninggal dunia pada pukul 7.25 pagi akibat kecederaan luka tikaman di pergelangan tangan kiri dan kaki kiri dengan bersenjatakan sebilah pisau,” ujarnya.

Susulan itu wanita berkenaan ditahan oleh pihak polis di kawasan Hospital Cyberjaya pada pukul 12.30 tengah hari bagi siasatan lanjut.

Semakan mendapati suspek merupakan bekas pelajar perubatan, bekerja sebagai model sambilan dan telah bercinta selama tiga tahun dengan mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Alwiyah Talib umum keluar Bersatu, kembali bersama UMNO

PENYANDANG kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Alwiyah Talib mengumumkan peletakan jawatan di dalam Bersatu dan keluar daripada parti...

More Articles Like This