PENJAWAT awam di negeri Selangor akan menerima bantuan khas kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap di Majlis Mahabbah Ramadan MADANI bersama penjawat awam di Dewan Jubli Perak, Shah Alam, hari ini.
Amirudin memaklumkan, bantuan khas yang turut dikenali sebagai insentif khas Aidilfitri Kita Selangor 2024 itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM45 juta.
Pada masa sama, kata beliau, bantuan yang melibatkan beberapa kategori penerima itu akan disalurkan pada 8 April iaitu beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri.
Amirudin memaklumkan, kategori pertama melibatkan penjawat awam di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor dan penjawat-penjawat awam Persekutuan lantikan tetap berkhidmat dengan jabatan di bawah pentadbiran SUK Negeri Selangor.
Jelasnya, kumpulan tersebut akan menerima BKK itu sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000.
“Kumpulan kedua pula melibatkan penggerak masjid seperti nazir, imam, bilal, siak serta guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) turut menerima bantuan berjumlah RM500.
Baca artikel lain: Waktu bekerja penjawat awam Pulau Pinang kekal, pulang 4 petang
“Kumpulan pemimpin masyarakat iaitu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pegawai perhubungan perkampungan kampung baru, bagan, tersusun serta ketua komuniti India terima elaun sebulan.
“Turut menerima manfaat sama ialah penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Penggerak Belia Selangor,” katanya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, bantuan yang diberikan itu adalah tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam di Selangor.
Beliau turut berharap pemberian itu mampu mengisi keperluan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
“Bunyi seperti kurang gembira tetapi saya nak maklumkan bahawa saudara-saudara telah terima setengah bulan gaji pada bulan Februari lalu dan kemudian Persekutuan juga umumkan RM2,000.
“Dalam tempoh dua bulan ini, anda terima setengah bulan (gaji) campur sebulan (gaji) campur RM2,000.
“Saya percaya ia tidak hilangkan fokus kita kepada Ramadan kerana paling penting ia sebagai tanda penghargaan kita, tanda rasa kebersamaan dengan rakan-rakan dan tanda kita untuk kembali bekerja sebagai satu pasukan yang kuat serta padu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

