KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) terus komited melaksanakan usaha untuk menambah baik dan memantapkan lagi tatakelola pengurusan kewangan khususnya dalam aspek perolehan kerajaan.
Terbaharu, KBS mengambil inisiatif untuk mengadakan beberapa sesi perjumpaan dengan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam usaha menangani isu kartel tipuan bida yang tertakluk di bawah Akta Persaingan 2010.
Dalam kenyataan hari ini, KBS memaklumkan, pihak pengurusan dan MyCC telah mengadakan perbincangan susulan untuk memperkukuhkan kerjasama khususnya dalam tiga aspek pada 20 Februari lalu.
Jelas KBS, tiga aspek tersebut adalah advokasi mengenai anti persaingan, nasihat polisi daripada pihak MyCC dan perkongsian maklumat serta pelaporan kes yang disyaki boleh menjadi pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010 untuk penyiasatan lanjut.
“kementerian perlu memberi perhatian yang serius mengenai isu kartel tipuan bida dalam perolehan kerajaan dan melaporkan kepada pihak MyCC sekiranya terdapat tanda-tanda yang menjurus kepada kartel tipuan bida.
“Sehubungan itu, tawaran daripada syarikat/kontraktor yang menyertai tender dan sebut harga akan diteliti bukan sahaja dalam aspek teknikal dan kewangan tetapi juga bebas daripada kartel tipuan bida atau collusion.
“Pihak KBS ingin mengingatkan pihak syarikat/kontraktor supaya membuat pengisytiharan non-collusion dan tidak terlibat dalam sebarang pakatan harga semasa menyertai mana-mana perolehan di KBS,” jelas kenyataan tersebut.
Baca juga:
KBS menambah, komitmen untuk menambah baik tata kelola itu bagi memastikan nilai pelaburan awam dapat dimaksimumkan dan mencegah sebarang ketirisan daripada berlaku.
Menurut KBS, ia juga selaras dengan misi dan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan tadbir urus dan tatakelola kewangan negara diurus dengan telus dan terhindar dari segala penyelewengan serta salah guna kuasa.
“Menjadi tanggungjawab KBS khususnya pegawai-pegawai yang terlibat untuk memastikan urusan perolehan kerajaan dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan Kerajaan iaitu Akauntabiliti Awam, Ketelusan, Nilai Faedah Terbaik, Persaingan Terbuka, serta Adil dan Saksama,” jelas kenyataan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

