Malaysia kukuhkan lagi kerjasama dengan Thailand – PM

Dari Penulis

MALAYSIA mengukuhkan lagi kerjasama dengan Thailand dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap dan menanti untuk kerjasama dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dalam bidang lain.

“Kami bekerjasama dengan Srettha untuk menjalinkan kerjasama seterusnya. Kementerian Luar juga akan membantu (Thailand) bagi memastikan kerjasama antara Asean serta hubungan dua hala dengan negara jiran kami diperkukuhkan,” katanya dalam ucapan alu-aluan di majlis berbuka puasa MADANI bersama para duta, perwakilan asing, ketua organisasi antarabangsa serta pelajar dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Kajang di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

Thailand ialah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan sebanyak RM113.16 bilion (US$24.83 bilion) dicatatkan pada 2023.

Anwar juga berkata selain Thailand, Malaysia juga bekerjasama dengan Singapura dalam melengkapkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), dengan perjanjian bersama antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini.

Baca artikel lain: Prestasi ringgit terus bertambah baik hasil pelbagai inisiatif – PM

“Zon ini (JS-SEZ) akan memberi manfaat kepada selatan Malaysia dan juga Singapura,” katanya.

Pada 14 Mac, Kementerian Ekonomi mengumumkan Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian bersama itu semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada akhir tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama Malaysia dalam Asean, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia akan memperluas dan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang seperti peralihan tenaga, transformasi digital, kesihatan awam dan pendidikan.

“Kami gembira untuk meneruskan dasar ini dan pada masa sama kami melawat Asean dan saya telah melawat semua negara ini,” katanya.

Pada 2023, rakan dagang utama Malaysia ialah Asean, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, mewakili 67.7 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia.

–BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut selepas terjatuh ketika mandi di kediamannya

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air kediamannya di Taman...

More Articles Like This