Prestasi ringgit terus bertambah baik hasil pelbagai inisiatif – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MATA wang ringgit terus menunjukkan prestasi yang bertambah baik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

Perkara itu dimaklumkan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 2 Tahun 2024 dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, peningkatan prestasi ringgit itu adalah hasil pelbagai inisiatif yang diselaraskan antara kerajaan, BNM, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta unjuran yang diumumkan Rizab Persekutuan AS, semalam.

Anwar memaklumkan, unjuran tersebut menunjukkan kadar inflasi AS yang lebih terkawal dan pelan utuh normalisasi dasar monetari AS dalam tahun 2024 yang akan mengekang kenaikan dolar AS.

“Sejak memulakan operasi bersama, nilai ringgit telah mengukuh sebanyak 1.4 peratus kepada AS$4.7135 hari ini daripada AS$4.7773 pada 23 Februari lalu.

“Namun begitu, ketidaktentuan pasaran kewangan global akan terus mempengaruhi pergerakan mata wang ringgit selagi tindakan dasar monetari ekonomi-ekonomi maju masih tidak jelas.

“Justeru, kerajaan dan BNM akan terus mempergiat libat urus dengan pihak korporat termasuk syarikat pengeksport, pengimport, GLIC dan GLC untuk menggalakkan aliran masuk dana ke dalam pasaran pertukaran asing,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel lain: PM Anwar berbuka puasa bersama pengamal media di Seri Perdana

Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan, mesyuarat MTEN itu turut meneliti secara mendalam cadangan ‘New Deal For Business’ (NDFB) yang bertujuan meningkatkan kepercayaan pelabur serta melonjak pertumbuhan produktiviti, daya saing dan ekonomi negara.

Katanya, kerajaan akan melaksanakan ‘New Deal For Business’ menerusi penambahbaikan kecekapan proses dan prosedur.

Menurut Perdana Menteri, ‘New Deal For Business’ juga akan dilaksanakan menerusi reformasi struktur dalam menjalankan urusan perniagaan.

Beliau memaklumkan, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) pula dipertanggungjawabkan memantau pelaksanaan semua inisiatif NDFB.

“Turut dibincangkan mengenai ‘Pengukuhan Kerangka Jaminan Pendapatan Usia Tua di Malaysia’ yang bertumpu kepada isu penuaan serta kesannya termasuk persediaan negara dalam menyediakan jaminan pendapatan usia tua.

“Mesyuarat memutuskan satu kajian menyeluruh dijalankan bagi menambah baik kerangka jaminan pendapatan usia tua di Malaysia agar lebih holistik,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This