YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah perpaduan antara rakyat berbilang kaum dalam negara ini merupakan hadiah yang paling bermakna sempena sambutan ulang tahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor hari ini.
Dalam hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka bertitah bahawa keharmonian dan semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat tanpa mengira agama atau bangsa amat penting bagi kestabilan negara.
Sultan Ibrahim bertitah, di Johor, konsep Bangsa Johor sering dititikberatkan sejak sekian lama dalam menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.
“Bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi, saya menerima hadiah kek, buah-buahan dan bunga. Saya menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua buah tangan yang diterima.
“Namun, hadiah yang paling bermakna bagi saya adalah perpaduan antara kaum kerana ia merupakan kunci kepada kemakmuran negara.
Baca artikel lain: Saya tidak suka sistem banyak sangat ‘red tape’ – Sultan Ibrahim
“Konsep Bangsa Johor adalah satu contoh yang baik serta tunjang perpaduan dalam kalangan masyarakat,” titah Sultan Ibrahim.
Yang di-Pertuan Agong bertitah Yayasan-Yayasan Diraja Johor juga berperanan aktif dalam membantu rakyat pelbagai kaum di negeri itu.
“Begitu juga, Yayasan Sultan Ibrahim Johor yang menghulurkan pelbagai sumbangan secara berterusan dalam membantu meringankan beban golongan memerlukan,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Justeru, baginda amat mengalu-alukan jika ada pihak mahu menghulurkan sumbangan kepada Yayasan-Yayasan Diraja Johor dan yayasan lain di seluruh negara untuk bersama-sama meringankan beban rakyat miskin.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

