Tiada rakyat Malaysia terjejas serangan bakar jahat di selatan Thailand

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIADA rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas susulan beberapa serangan bakar jahat yang berlaku di Pattani, Yala dan Narathiwat, awal pagi semalam.

Perkara tersebut disahkan Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kementerian Luar, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan berwaspada dan berhati-hati.

“Selain itu, mereka juga dinasihat mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, Wisma Putra memberitahu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan dinasihat menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.

Baca artikel lain: Pattani, Yala, Narathiwat jadi sasaran serangan bakar jahat

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla beralamat di No 4, Sukhum Road, Tambon Boryang Muang District Songkhla, 9000 Thailand.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla juga boleh dihubungi di talian +(6674) 316274/ +(6693) 6570707 atau e-mel kepada [email protected].

Semalam, Pattani, Yala dan Narathiwat dilapor menjadi sasaran satu gelombang serangan bakar jahat dan bom.

Komander Wilayah Tentera Darat Keempat, Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata, siasatan mendapati beberapa kumpulan individu melakukan serangan bakar jahat yang diselaraskan di pelbagai lokasi di tiga wilayah menyasarkan kedai serbaneka 7-Eleven, kedai-kedai, menara sel, kamera litar tertutup (CCTV) dan kenderaan.

Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pagi Jumaat.

Siasatan polis mendapati bakar jahat itu dilakukan untuk menimbulkan suasana huru-hara di wilayah selatan Thailand dalam bulan Ramadan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ahmad Samsuri pula sah hadir ke Konvensyen RESET

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengesahkan kehadirannya ke Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This