65 penduduk hilang tempat tinggal, 10 rumah terbakar di Kampung Likas

Dari Penulis

SERAMAI 65 penduduk daripada 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila 10 rumah yang didiami mangsa terbakar dalam kejadian di Kampung Likas awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 3.11 pagi tadi sebelum tiba enam minit kemudian.

Beliau berkata 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Lintas dengan bantuan sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu serta seorang anggota daripada BBP Penampang dikejarkan ke tempat kejadian.

Baca artikel lain: Lelaki maut kereta terbabas dan terbakar

“Anggota BBP Lintas menjalankan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari tanki jentera BBP Penampang, manakala anggota BBP Kota Kinabalu menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba berhampiran.

“Tiada mangsa cedera atau kemalangan jiwa dilaporkan. Api dapat dikawal pada 4.16 pagi dan operasi ditamatkan pada 6.49 pagi,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Beliau berkata jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Rakyat Malaysia dinasihat elak kawasan demonstrasi di pusat bandar Jakarta

RAKYAT Malaysia yang berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk urusan perniagaan atau pelancongan dinasihatkan supaya menghindari lokasi demonstrasi di beberapa...

More Articles Like This