SEORANG lelaki ditemukan maut dalam sebuah kereta yang dipercayai terbabas dan terbakar di tepi jalan Kampung Ayer Hitam, Batu 13, Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari Ipoh.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.33 malam.
“Kami mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan dan Pasukan Bomba Sukarela Batu 12 Teluk Intan serta jentera ke lokasi kejadian.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi telah terbabas di tepi jalan dan terbakar 80 peratus serta terdapat seorang mangsa lelaki di dalamnya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata pasukan bomba melakukan teknik Receo bagi melakukan penyelamatan dan pemadaman api, namun mangsa disahkan maut oleh pihak Kementerian Kesihatan di tempat kejadian.
Operasi tamat pada 11.27 malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

