Kelana muzik RADi berterusan dengan Falling For You

Dari Penulis

RADi seorang penyanyi, komposer, produser dan penulis lagu dalam bahasa inggeris ini juga merupakan adik kepada penyanyi wanita terkenal iaitu Aisha Retno. 

RADi terus menempah nama dengan menghasilkan karyanya dalam industri muzik ini dengan lagu yang bertaraf antarabangsa.

“Lagunya juga telah mendapat perhatian beberapa negara seperti Indonesia, Vietnam, Taiwan dan banyak lagi. 

Tahun 2023, RADi dan syarikat rakaman Sony Music Entertainment mengeluarkan beberapa single seperti Maybea?, Summer Night, Heaven, Summer Vibe dan Like You. 

Kini pada 2024, Falling For You akan menyinari hari-hari RADi. Single tersebut masih mengekalkan tema dan unsur kebahagian yang merupakan luahan perasaan yang dialami oleh penyanyi ini sendiri.

Falling For You juga memberi mesej peralihan terhadap kisah dari hubungan yang tidak pasti kini sudah mendapat pengesahan terhadap hubungan istimewa itu. 

Menurut RADi, single tersebut merupakan kesinambungan kisah daripada lagu Maybe? yang tidak mempunyai kepastian memainkan emosi mendalam.

“Kini RADi lebih yakin tentang status hubungan istimewa tersebut,” katanya.

Selain itu, RADi menceritakan tentang perjalanan dan cabarannya dalam menyiapkan lagu ini dengan memperkayakan elemen instrumen yang lebih berkualiti.

Walau bagaimanapun, RADi sentiasa mendapat sokongan daripada Zain dan Kenny Macartney dalam memastikan peralihan yang lancar dari konsepsi ke realisasi.

“Tahun lalu demo lagu ini telah berjaya disiapkan dan beberapa penelitian terhadap komposisi dan memberi kepercayaan kepada produser yang merupakan rakan kerjanya, Zain. 

“Tidak ketinggalan seorang produser yang juga pakar dalam muzik, Kenny yang bersama-sama menyiapkan karya yang bakal mengegar dunia,” ujarnya.

Sementara Falling For You, menghiasi dunia seni ini, RADi berharap keada pendengar dan peminat untuk terus memberi sokongan padu dengan menjadikan lagu ini sebagai punca kebahagian hidup mereka. 

“Saya dengan ikhlas berharap semua orang akan menyukai lagu ini. 

“Semoga Falling For You meresap ke dalam emosi semua orang dan menyala api cinta yang ada dalam hati anda,” katanya penuh pengharapan.

Falling For You boleh dimuat turun di iTunes dan disiar melalui semua platform utama, seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube, dan YouTube Music sekarang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This