Kisah Asma sentuh hati Mateen

Dari Penulis

PERJALANAN sirah kisah Asma Abu Bakar (R.A.) yang sanggup berkorban jiwa dan

raganya bagi membantu perjuangan Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar dalam peristiwa Hijrah telah menjadi inspirasi bagi penyanyi nasyid baru Mateen untuk menjadi tema lirik single terbarunya.

Lagu gubahan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara itu membawa pendengar menghayati kisah

Asma yang sedang sarat mengandung namun sanggup mendaki Jabal Thur bagi menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk Rasulullah SAW dan ayahnya Saidina

Abu Bakar di Gua Thur.

“Kisah perjuangan Asma ini sangat menyentuh hati saya apatah lagi setelah digubah dengan susunan lirik yang indah dan melodi yang menyentuh hati. 

“Ia mengingatkan kita bagaimana seorang wanita juga memainkan peranan penting dalam membantu perjuangan menegakkan agama Allah,” katanya.

Lagu Asma Abu Bakar merupakan single solo kedua Mateen selepas single pertama Teratas dilancarkan awal tahun lalu.

“Sebelum ini saya mempertaruhkan lagu Teratas yang agak laju dari segi temponya dan kali ini untuk single kedua saya memilih lagu berentak perlahan dan memerlukan

penghayatan serta memasukkan elemen sirah Nabawiyah,” ujarnya.

Pembikinan muzik video lagu Asma Abu Bakar turut memaparkan simbolik dari sirah yang

berlaku lebih 1400 tahun lalu. 

Lokasi penggambaran telah dilaksanakan di kawasan bukit berbatu bagi menggambarkan keadaan bentuk muka bumi di Jabal Thur.

“Saya harap lagu ini akan mendapat maklum balas yang baik dari pendengar semua serta

dapat dihayati dan diambil iktibar dari kisah sirah yang cuba disampaikan,” jelasnya.

Lagu Asma Abu Bakar dilancarkan pada 16 Februari lalu dan kini telah berada di semua platform digital termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Selama ini tak pernah terfikir…,” – Iman Troye taruh kreativiti demi showcase solo

PENYANYI, Iman Troye meluahkan rasa teruja bercampur gemuruh apabila namanya dipilih sebagai antara pengisi utama bagi siri persembahan eksklusif,...

More Articles Like This