PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa telah menghantar ‘wakil’ bagi menyerahkan ‘draf perjanjian’ berhubung tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Perkara itu didakwa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerusi hantaran di aplikasi X, tengah malam tadi.
Ketua Armada Bersatu itu berkata demikian sebagai membalas hantaran Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari yang menyelar sikap pembangkang seolah-olah cuba mengeluarkan kenyataan tidak benar ketika rundingan masih berjalan.
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, ‘draf perjanjian’ itu bukanlah satu berita palsu seperti yang didakwa Dr Mohammed Taufiq.
“Yang kamu tak tahu ialah PMX (Anwar) sudah hantar wakilnya dah serahkan dokumen tersebut kepada Ketua Pembangkang.
“Bukan semua benda PMX cerita dengan kamu macam dia buat deal dengan Bagan Datuk dulu.
“Memanglah TPM (Datuk Seri Fadillah Yusof) dan kamu tak tahu. Bukan fake news,” dakwanya dalam hantaran tersebut.
Baca artikel lain: Tiada draf perjanjian diberi atau diterima daripada pembangkang, kata Fadillah
Yang kamu tak tahu ialah PMX sudah hantar wakilnya dah serahkan dokumen tersebut kepada Ketua Pembangkang. Bukan semua benda PMX cerita dengan kamu macam dia buat deal dengan Bagan Datok dulu. Memanglah TPM dan kamu tak tahu. Bukan fake news. https://t.co/EzHJuKDd2V
— Wan Ahmad Fayhsal (@wanfayhsal) March 24, 2024
Sebelum itu, Fadillah dalam kenyataan memaklumkan tiada draf perjanjian baharu Kerajaan MADANI seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang.
Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan turut menegaskan tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa dalam pertemuan dengan Hamzah selaku Ketua Pembangkang.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, beliau hanya mendengar permohonan dan mendengar tawaran dikemukakan PN sewaktu pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu.
Khamis lalu, Hamzah ketika mencelah penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
“Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.
“Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

