TIADA draf perjanjian baharu Kerajaan MADANI seperti didakwa pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkaitan tuntutan peruntukan wakil rakyat pembangkang.
Perkara itu ditegaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam kenyataan.
Fadillah yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan turut menegaskan tidak menyerahkan sebarang draf dokumen seperti didakwa dalam pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menurut Fadillah, beliau hanya mendengar permohonan dan mendengar tawaran dikemukakan PN sewaktu pertemuan di Parlimen pada 19 Mac lalu.
“Justeru, tidak wujud satu dokumen ‘draf perjanjian’ antara Kerajaan MADANI dan pembangkang seperti didakwa.
“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lalu, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak kerajaan MADANI mahu pun pembangkang.
“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka, malah tiada perbincangan mengenai ‘perjanjian’ pun,” katanya dalam kenyataan itu.
Baca artikel lain: Perbincangan peruntukan ahli pembangkang dibuat dalam masa terdekat – Fadillah
Pada masa sama, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air mempersoalkan dakwaan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengenai draf berkenaan.
“Adakah YB Rosol sudah lihat ‘draf’ itu? Jika belum, mintalah ‘draf’ itu dari Ketua Pembangkang. Cuba lihat ‘draf’ itu wujud atau tidak,” katanya.
Sebelum ini, Hamzah ketika mencelah penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
“Saya dapat satu kertas draf untuk kita bincang, sign (tandatangan) dan (kemudian) dapat peruntukan.
“Cuma kita nak melihat perkara (dan) syarat yang ada dalam itu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

