SEORANG pemandu lori maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 329.8, Lebuhraya Pantai Timur 2, Kerteh menghala ke Paka, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 1.52 pagi.
Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh dikerahkan ke lokasi kejadian bersama jentera.
Komander Operasi Kanan Baharom Muhammad Hashim berkata, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan, lori kargo dan Ford Ranger.
“Pemandu lori tiga tan telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan.
“Sementara pemandu Ford Ranger tersepit dan mengalami kecederaan telah berjaya dikeluarkan oleh bomba bagi tindakan lanjut,” kata kenyataan itu hari ini.
Jelas kenyataan itu, pemandu lori kargo tidak mengalami sebarang kecederaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

