Benarkan kilang bukan Islam jilid al-Quran, pengurus syarikat didenda RM6,000

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pengurus syarikat percetakan didenda sebanyak RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas satu pertuduhan membenarkan sebanyak 2,540 naskhah al-Quran dijilidkan oleh kilang milik orang bukan Islam, September tahun lalu.

Idora Abd Rashid, 42, selaku orang kena saman (OKS) dikenakan denda itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Nur Natasha Mohtarudin.

Nur Natasha turut mengarahkan Idora dipenjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Wanita berkenaan bagaimanapun membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Idora didakwa tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu dengan membenarkan naskhah al-Quran dijilidkan oleh sebuah kilang milik orang bukan Islam yang mana OKS tidak mematuhi syarat lesen.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di kilang berkenaan, di Taman Perindustrian Bukit Serdang di Seri Kembangan sekitar jam 3 petang pada 5 September 2023.

Justeru dia didakwa mengikut Seksyen 5(7) Akta Percetakan Teks al-Quran 1986 dan boleh dihukum dibawah Seksyen yang sama.

Sabit kesalahan, OKS boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa KDN Selangor, Mohd Amin Azhar Qairil Yusoff memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas OKS sebagai pengajaran.

Manakala Idora dalam rayuannya sebelum dijatuhkan hukuman memohon agar dikenakan denda yang rendah memandangkan kes itu merupakan kesalahan kali pertama.

Mengikut fakta kes, pada 5 September tahun lalu, pihak berkuasa telah membuat rampasan melibatkan 2,540 al-Quran kerana didapati pencetakannya tidak mematuhi syarat lesen yang dikeluarkan LPPPQ KDN iaitu dengan membenarkan naskah kitab itu dijilidkan oleh syarikat bukan muslim.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This