KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa telah menerima satu ugutan bunuh susulan tindakannya yang lantang meminta orang ramai memboikot kedai serbaneka, KK Mart akibat penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu memberitahu telah menerima panggilan daripada seseorang memaklumkan mengenai ugutan bunuh tersebut.
Beliau berkata, individu yang menelefonnya itu menyatakan kerisauan berhubung ugutan yang didengari dan terus membuat laporan polis.
“Tadi dalam perjalanan nak ke program, saya dapat panggilan daripada seorang hamba Allah menyatakan bahawa dia rasa risau dan sebagainya.
“Saya tanya kenapa risau. Hamba Allah ini kata dia mendengar ada satu ugutan bunuh terhadap saya yang menyatakan jika Ketua Pemuda UMNO bercakap soal KK Mart ini, dia psati akan ditembak mati satu hari nanti.
“Hamba Allah ini pun menunjukkan dia betul-betul serius mengenai ugutan yang didengari ini dan dia pun sudah membuat laporan polis mengenai apa yang dia sendiri dengar.
“Insya-Allah, pukul 5.30 petang ini saya juga akan membuat satu laporan polis untuk melindungi saya dan juga keluarga,” katanya dalam video tersebut.
Baca artikel lain: Saya tak mahu jadi hero tapi jalankan tanggungjawab apabila agama dihina, balas Akmal kepada Siti Kasim
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal bagaimanapun menegaskan tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk meminta orang ramai memboikot KK Mart.
Beliau berkata, pendirian itu tetap teguh kerana percaya dengan firman Allah dalam Surah Muhammad.
“Insya-Allah jangan risau semua, saya tidak akan berganjak walau seinci.
“Pendirian saya akan tetap sebab saya percaya dalam Surah Muhammad, ayat tujuh Allah berfirman: “Kalau kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu, malah akan meneguhkan lagi pendirian kamu.
“”Kita ada Allah, Lillahi Taala, insya-Allah saya serahkan (segalanya) kepada Allah dan juga pihak berkuasa untuk siasatan seterusnya. Jangan mengalah, kekal boikot,” katanya.
Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stokin tertera kalimah ‘Allah’.
Pemuda UMNO juga memberi amaran akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

