‘Kalau tak faham maksud ‘ham’, boleh buka kamus’, Akmal tempelak Kor Ming

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HAM bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham (maksud) tanya pegawai atau boleh buka kamus.”

Demikian kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membalas sindiran Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung maksud ham.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut menyertakan maksud ham daripada kamus Oxford Learner’s.

Dr Muhamad Akmal menegaskan, kamus antarabangsa itu dengan memberi maksud bahawa ham itu adalah daging yang datangnya daripada babi.

Menurutnya, sekiranya daging tersebut datang daripada sumber selain babi, ia mesti disertakan sumbernya di hadapan terlebih dahulu.

“Seperti daging lembu, maka ia disebut beef ham, jika daging ayam, ia disebut chicken ham.

Baca artikel lain: Fadhli ‘sekolahkan’ Kor Ming isu sijil halal

“Jika ada beranggapan sama sahaja ham, maka jawapannya tidak kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Ming walaupun nama di depan sama tetapi orangnya berbeza,” katanya dalam hantaran tersebut.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal menjelaskan, prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk permohonan halal menetapkan mana-mana makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ham tidak boleh diberikan sijil halal tetapi kalau chicken ham atau beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.

Kor Ming yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdahulu menerusi laman sosial X memberi penerangan berkenaan maksud ‘ham‘ dan cheese yang menurutnya ‘ham‘ merupakan proses untuk menghasilkan makanan seperti Turkey ham dan chicken ham yang bagus untuk dimakan.

Kor Ming berkata, ia juga sama dengan air root-beer dibuat daripada akar sassafras yang bukan alkohol dan juga baik untuk diminum.

“Menjadikan perkara ini sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh),” kata Kor Ming.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This