KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh memulangkan paku buah keras kepada bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang membidasnya sebagai kebudak-budakan dan mempunyai mentaliti rendah.
Dalam hantaran di Facebook, Dr Muhamad Akmal menegaskan beliau rela menjadi kebudak-budakan berbanding ‘orang tua’ yang hidup dengan ‘menjilat’ demi kepentingan diri.
Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, beliau dilantik menjadi Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka hasil pilihan rakyat, bukan kerana ‘menjilat’ pemimpin.
“Masa ketika itu pun, Datuk Seri (Mohamed Nazri) langsung tidak membantu apa lagi datang tolong berkempen.
“Jadi saya diangkat oleh rakyat, bukan diangkat dengan cara menjilat pemimpin,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Pemuda UMNO bukan penjilat cari makan – Akmal Saleh
Mengulas lanjut, Dr Muhamad Akmal turut ‘memperbetulkan’ kenyataan Mohamed Nazri kononnya bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu ‘menjilat’ untuk keuntungan Dr Muhamad Akmal sendiri.
“Saya nak perbetulkan ayat dato seri, bahawa dato seri menjilat sebenarnya untuk keuntungan peribadi, bukan untuk orang lain.
“Dan satu lagi, jawapan dato seri ini, jika orang muda panggil jawapan koyak,” katanya.
Sebelum ini, Mohamed Nazri membidas Muhamad Akmal sebagai kebudak-budakan dan mempunyai mentaliti rendah.
Mohamed Nazri berkata demikian bagi menjawab kritikan keras Muhamad Akmal yang menyifatkannya sebagai ‘penjilat’ selepas menyifatkan tiada siapa yang layak menjadi perdana menteri jika Anwar Ibrahim tiada.
Beliau turut menyifatkan jika benar dirinya ‘menjilat’, UMNO yang akan mendapat faedah termasuk Dr Muhamad Akmal yang dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Melaka.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

