Warisan sedia jalin kerjasama dengan UMNO – Shafie

Dari Penulis

SETAKAT ini masih tiada sebarang keputusan rasmi dibuat untuk jalinan kerjasama di antara UMNO dengan Parti Warisan (Warisan).

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, beliau bersedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Kita perlu mengakui bahawa sehingga kini, tiada keputusan telah dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO dan Warisan mengenai kerjasama ini.

“Saya mengesahkan bahawa perbincangan telah diadakan antara Presiden UMNO bersama Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin namun tiada keputusan rasmi dibuat oleh majlis tertinggi kedua-dua parti setakat ini berhubung kerjasama itu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang berkata, kerjasama itu bukannya perkara yang mustahil.

Baca artikel lain: Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar

“Warisan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalin kerjasama dengan UMNO Sabah sekiranya ia untuk kepentingan rakyat negeri ini,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai kerusi Dewan Undangan Limbahau (DUN) yang sebelum ini milik Warisan, Mohd Shafie memaklumkan, Warisan akan kekal meletakkan calon di kawasan tersebut pada PRN akan datang.

Menurutnya, kawasan itu merupakan kerusi tradisi Warisan dan dijangka menjadi penyumbang kepada kemenangan parti PRN nanti.

Tambah beliau lagi, sejak dari awal lagi Warisan mempunyai 29 kerusi termasuk DUN Limbahau sebelum wakil rakyatnya bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This