KETUA Staf Markas Angkatan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Khamis didakwa, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM5 juta.
Berita Harian melaporkan, Mohamed Fauzi, 56, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, beliau didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta TKAT dengan membuat pelaburan tambahan dalam sebuah syarikat, tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 27 November 2023.
Baca artikel lain: Tiada kompromi atas salah guna kuasa, rasuah bagi penjawat awam – KSU
Jika sabit kesalahan, Mohamed Fauzi boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda.
Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How, menawarkan jaminan sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Bagaimanapun peguam mewakili tertuduh, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar memohon kepada mahkamah agar kadar jaminan dikurangkan kepada RM70,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin dengan seorang penjamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 16 Mac depan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

