Didakwa sengaja menangis terkenang anak-anak Gaza untuk konten, Siti Nurhaliza tak ada masa fikir hal negatif!

Dari Penulis

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan memikirkan kata-kata negatif yang ditujukan kepadanya selepas didakwa sengaja membuat konten menangis terkenang penderitaan kanak-kanak Palestin di Instagram Live, baru-baru ini.

Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin,45, menyatakan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan tanggapan negatif terhadapnya kerana ada perkara yang lebih penting baginya ketika ini iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Siti berkata, dia mudah tersentuh apatah lagi membayangkan anak-anaknya mengalami nasib yang sama seperti kanak-kanak di Palestin. 

“Saya tidak kisah, bagi saya, saya tiada masa hendak memikirkan apa yang mereka cakap sebab saya ada benda lain yang lebih penting, dan saya perlu beri bantuan.

“Bila saya tengok budak kecil jadi mangsa, saya teringat Afwa dan Afiyah, saya terbayang kalau mereka berada di situ.

“Saya sebenarnya cepat menangis juga, apatah lagi melibatkan anak-anak,” katanya kepada URTV.

Siti turut berkongsi bahawa seramai 10,000 ribu rakyat Palestin yang diberikan bantuan. Meskipun mereka tidak mempunyai akses untuk mendapat barang mentah akan tetapi mereka masih dapat menikmati juadah berbuka dan sahur. 

“Kita bertanya kepada wakil di sana, katanya mereka tidak dapat untuk makan ayam, ikan, daging, jadi mereka hanya makan kacang untuk masak dijadikan bubur, asalkan mereka dapat makanan dan simpan stok untuk masak sepanjang bulan ramadan,

“Mereka tidak mempunyai masalah untuk berpuasa dan berbuka, sebenarnya yang berada di Rafah sangat ramai, tapi kita mampu untuk berikan lebih 10,000 orang,” ujarnya lagi. 

Penyanyi itu menjelaskan bahawa sebanyak RM100,000 diperuntukkan kepada penduduk Gaza. 

Dia juga menyatakan bahawa pada ketika itu, wang adalah penting bagi rakyat di sana untuk mendapatkan barangan yang diperlukan. 

“Sebelum ini, sebanyak RM100,000 telah disumbangkan. Ini kerana, dengan duit sahaja yang mereka dapat untuk beli barang dalam keadaan macam ini, duit memang penting.

“Untuk mereka beli barang seperti bahan mentah dan keperluan mereka,” katanya.

Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sempena Majlis Iftar Nurjiwa Prihatin bagi meraikan 500 orang tetamu. 

Dalam acara tersebut, pelantun lagu Lip Lap Lip Lap Raya itu turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan juga penggiat seni.  

Dalam pada itu, Siti juga meluahkan perasaan syukur kerana Allah memberikan peluang kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu rakyat Palestin.

“Saya bersyukur sebab dalam banyak-banyak orang, Allah berikan Yayasan NurJiwa, Allah bagi saya dah juga suami peluang untuk berikan bantuan kepada rakyat Gaza sendiri.

“Serta saya tahu bantuan itu sampai kepada mereka,” ulasnya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This