PM ucap takziah kepada keluarga Ahmad Rejal Arbee

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee atas pemergian Tokoh Wartawan Negara 2014 itu, awal pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menyifatkan Ahmad Rejal Arbee dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa.

Menurut beliau, jasa, sumbangan dan buah fikiran Ahmad Rejal Arbee ternyata meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.

“Awal pagi tadi, mantan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan mantan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee telah kembali ke rahmatullah.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan ruh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya, insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pemergian Ahmad Rejal disahkan isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Rejal, 83, merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.

Baca artikel lain: Tokoh Wartawan, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia

Allahyarham mula berkhidmat dengan Bernama sejak 1969 sebagai pemberita kanan sebelum ke Jakarta, Indonesia sekali gus menjadi pewarta luar negeri pertama agensi berita itu pada 1973.

Sepanjang berkhidmat di Bernama, Allahyarham pernah menjawat jawatan Ketua Meja Politik dan Parlimen, kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarang dan Ketua Bahagian Ekonomi sebelum meninggalkan agensi berita itu untuk menyertai The News Straits Times pada 1976.

Bagaimanapun, Ahmad Rejal kembali menyertai Bernama sebagai Ketua Pengarang pada 1981 sebelum menamatkan perkhidmatan pada 1989.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Institut Akhbar Malaysia pada Januari 1984 hingga April 1989.

Ahmad Rejal telah dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This