LTAT laksana 3 program bantu kebajikan keluarga ATM

Dari Penulis

YAYASAN Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah seliaan Kementerian Pertahanan melaksanakan tiga program bagi membantu kebajikan ahli-ahli keluarga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini termasuk bantuan kewangan untuk anak-anak orang kurang upaya (OKU) dan program pendedahan dengan anak syarikat kementerian untuk graduan dalam keluarga ATM.

“Di bawah program ini, Yayasan LTAT memperuntukkan jumlah sumbangan sebanyak RM300,000.

“Daripada jumlah ini, sebanyak RM300 akan diberikan kepada anak-anak kategori OKU daripada warga ATM yang masih bersekolah atau tidak bersekolah dan RM500 diberikan kepada mereka yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam atau swasta,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Pengamal Media, hari ini.

Menurutnya, Pharmaniaga Berhad akan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz dan Anak Yatim ATM berjumlah RM22,500.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melakukan gimik pelancaran Program Pharmagrad dan BHPetrol Protege ketika hadir ke Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan Bersama Pengamal Media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: MCMC selesai rakam percakapan Aliff Syukri

“Sebagai usaha meningkatkan kemahiran dan pendedahan yang diperlukan, kementerian akan melancarkan dua program pendedahan bersama dengan dua anak syarikat Kementerian Pertahanan iaitu Pharmaniaga Berhad dan BHPetrol.

“Pertama program Pharmagrad dengan kerjasama Pharmaniaga. Program berkenaan merupakan satu bentuk Latihan Industri yang dikhususkan kepada anak-anak anggota dan veteran ATM,” katanya lagi.

Katanya, anak-anak anggota dan veteran ATM yang merupakan graduan dalam bidang-bidang seperti farmaseutikal, biomedikal, kimia, penyelidikan dan pembangunan (R&D), kejuruteraan, logistik, teknologi maklumat dan kewangan akan berpeluang menjalani latihan industri selama lapan bulan bersama-sama dengan Pharmaniaga.

Tambah beliau, PROTEGE-RTW berkenaan merupakan satu program yang menggabungkan beberapa rangkaian inisiatif bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada graduan anak-anak ATM dalam semua bidang.

“PROTEGE-RTW berkenaan akan melibatkan, antara lain, latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang terlibat dalam tempoh 8-12 bulan.

“BHPetrol akan memperuntukkan 22 tempat setiap tahun untuk tempoh tiga tahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak 66 penempatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This