MCMC selesai rakam percakapan Aliff Syukri

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam percakapan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Rakaman yang mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu telah diadakan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, Selangor, hari ini.

MCMC dalam kenyataan memberitahu, rakaman dibuat susulan aduan yang diterima berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik Aliff Syukri.

“Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Baca artikel lain: Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 4 hingga 10 April

“Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain,” katanya hari ini.

MCMC menambah, setelah kertas siasatan siap, ianya akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Katanya lagi, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588] dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pegawai penyiasat pada masa sama turut menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Video AI didakwa fitnah, Fadhlina buat laporan polis

KETUA Wanita PKR, Fadhlina Sidek membuat laporan polis susulan penyebaran video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang didakwa berniat...

More Articles Like This