Aliff Aziz tak mahu cerai, mahkamah arah rujuk JKP

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

PENYANYI dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz harini membuat kejutan apabila memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini bahawa dirinya masih menyayangi isterinya, Bella Astillah.

Aliff Aziz mengakui perkara itu apabila disoal oleh Hakim Syarie Wan Mohd. Najib Wan Hamat sama ada dia bersetuju atau tidak dengan penceraian tersebut, Aliff dengan tegas menjawab “tidak”.

Wan Mohd Najib: Masih sayangkan Bella?

Aliff Aziz: Sayang

Susulan perkara itu, mahkamah memutuskan kes pasangan berkenaan diteruskan dengan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan status laporan jawatankuasa itu ditetapkan pada 4 Jun ini.

Aliff Aziz diiringi pengawal peribadinya ketika hadir pada perbicaraan kes penceraian dengan isterinya, Bella Astillah di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketika prosiding Aliff Aziz diwakili peguam syarie Abdul Hadi Mohamad Salleh manakala peguam syarie Azmi Mohd. Rais mewakili Bella.

Proses JKP merupakan antara proses penceraian di mana jawatankuasa itu terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bagi memberi nasihat dan mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga pasangan terlibat.

Sebelum ini pada 11 Mac lalu Bella telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aliff Aziz secara ‘ekspres’ atau ‘fast track’ ekoran sudah tiada lagi persefahaman, dan mawaddah (cinta dan sayang).

Penceraian fast track merupakan satu proses yang mana pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan tidak perlu menunggu selama 90 hari untuk menyelesaikan kes mereka.

Proses ini juga diselesaikan kurang enam jam bermula daripada masa pendaftaran kes sehingga perintah bertulis dikeluarkan.

Bella Astillah bersama peguamnya ketika hadir pada perbicaraan kes penceraian dengan suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Ketika tarikh sebutan pada 13 Mac yang lalu, Alif Aziz atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 33, sebagai defendan tidak hadir ke Mahkamah kerana urusan kerja selain terlibat dengan penggambaran.

Sebelum itu, nama Aliff Aziz kembali meniti di bibir warga maya apabila dilaporkan ditangkap khalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium di ibu negara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This