Dua murid maut dilanggar lari, polis buru pemandu 4X4

Dari Penulis

DUA murid Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru maut dilanggar lari di Kilometer 38, Jalan Ipoh – Kuala Kangsar, Sungai Siput, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 7.12 pagi.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda datang dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh telah masuk ke simpang Taman Desa Salak secara tiba-tiba.

“Pemandu kereta kemudian telah melanggar sebuah motosikal jenis EX5 yang ditunggangi oleh murid berusia 17 tahun dan pembonceng berusia 13 tahun.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua murid telah disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Siput bagi bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan pada leher.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, polis kini giat mengesan pemandu dan pemilik kenderaan pacuan empat roda tersebut yang bertindak melarikan diri dan tidak membuat sebarang laporan polis.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Kasidi Che Ghani di talian 014-5073473.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis siasat lelaki menyamar sebagai penjawat awam

POLIS menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menyamar sebagai penjawat awam yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang,...

More Articles Like This