Indah Ruhaila bawa 2 anak tiri pulang beraya di Johor Bahru

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SAMBUTAN Aidilfitri pada tahun ini bakal menjadi kenangan istimewa buat penyanyi Indah Ruhaila apabila dia bakal meraikan perayaan itu bersama dua orang anak tirinya.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Shariff Taufik tujuh tahun lalu, penyanyi Percayalah itu hanya akan menyambut Syawal bersama suami.

“Raya tahun ni berbeza sedikit sebab saya akan beraya dengan dua orang anak perempuan tiri. 

“Sebelum ini mereka raya dengan bekas isteri suami saya. Tahun ini agak seronok sebab mereka pun sudah semakin membesar…seorang berusia 15 tahun dan 11 tahun.

“Mereka sendiri yang buat pilihan nak beraya dengan kami…jadinya sudah tentulah perasaan itu teruja sangat,” katanya kepada URTV.

Justeru, Indah atau Siti Ruhailah Hussein,36, mengakui sudah menyediakan kelengkapan termasuk pakaian baharu untuk mereka sekeluarga di pagi Syawal.

Malah, dia juga akan membawa anak-anak tirinya pulang ke kampung halamannya di Johor Bahru selama seminggu.

“Kami dah beli baju raya lebih awal hari tu. Tema baju pula warna hitam sebab itu adalah pilihan anak tiri sulung.

“Jadinya, saya dan suami melayankan saja keinginan mereka. Tahun ini kami bawa mereka rasai pengalaman beraya di kampung saya di Johor Bahru.

“Kalau dulu nenek kepada anak-anak tiri saya masih ada lagi, memang mereka akan pulang ke kampung ikut ibu mereka.

“Tapi lepas nenek mereka meninggal dunia, di kampung sudah tiada siapa lagi yang tinggal. Sebab itulah mereka ikut beraya dengan saya dan suami tahun ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Indah akui keluarga di sebelah pihaknya ramai yang sudah membesar menjadikan keseronokkan merayakan Lebaran berbeza seperti tahun-tahun sebelum ini.

Justeru, pastinya kehadiran dua orang anak tirinya itu menambah kemeriahan pada tahun ini.

“Keluarga di sebelah saya dah tak ada budak-budak kecil…semua dah besar.  

“Bila bawa anak-anak suami pulang berhari raya di rumah mak saya, jadi seronok sangatlah sebab kita boleh buat pelbagai aktiviti dan bermain macam-macam permainan.

“Saya dan anak-anak tiri sebenarnya rapat tapi sebab mereka tinggal dengan ibu mereka, kami jarang jumpa.

“Kalau ada masa, memang kami akan habiskan waktu keluar jalan-jalan bersama. Kami dah macam kawan sebaya,” kongsinya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This