Bedah siasat dedah bayi 6 bulan mati dibunuh, polis tahan bapa kandung

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas hasil laporan bedah siasat mendedahkan seorang bayi berusia enam bulan mati akibat kecederaan di kepala kerana perbuatan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, susulan itu bapa kandung mangsa berusia 25 tahun ditahan di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Kajang, pada pukul 11.20 malam.

Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan daripada suspek yang memaklumkan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam rumah mereka dekat Bandar Tasik Kesuma, Beranang, pada 8.52 pagi kelmarin.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kecederaan di badan mangsa dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kajang bagi tujuan bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat kecederaan di kepala mangsa yang berlaku akibat perbuatan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan S. S. Vekram di talian 019-4737108.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This