PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) menjunjung kasih kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim atas kurniaan rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.
PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menyatakan iltizam untuk terus komited bagi menguruskan sebuah padang pelbagai guna yang berdaya tahan dan fleksibel untuk acara sukan serta bukan sukan.
“Seperti titah Baginda, rumput Zeon Zoysia yang telah dikurniakan kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.
“PSM sekali lagi menyatakan rasa sukacita yang tidak terhingga dan menjunjung tinggi kurniaan berpanjangan serta pertimbangan dan kebijaksanaan DYAM Tunku dalam menasihati PSM dalam mendepani segala cabaran mendatang.
“Buat masa ini, PSM akan bekerja rapat dengan pihak pengurusan Stadium Larkin dalam rangka menerima rumput hibrid ini,” jelas kenyataan tersebut.
Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenan mendermakan rumput hibrid yang ketika ini sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional Bukit Jalil.
JDT dalam satu kenyataan berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

